Serambi Pantun Kasturi

Sabtu, 11 September 2010

Bermain mercun di malam hari
Leka bermain terkena jari
Pagi nan mulia nadim sendiri
Mengenang ayahanda jebat dan bunda kasturi

Banyak juadah ..Ketupat rendang
Air berwarna lagi dihidang
Dari jauh Nadim memandang
Menanti kalian berdua datang bertandang

Cermin ku retak pecah seribu
Hendak di buang terasa sayang
Wajah ayah dan juga ibu
Siang terkenang malam terbayang

Satang bermadah di ruang persada
Mengirim berita hilangkan duka
Salam ceria buat anaknda
Sihat sejahtera sentiasa ceria

Belayar malam ke Pulau Tioman
Singgah sebentar ke Inderapura
Datang ke sini dalam senyuman
Menyambut salam dari anaknda

Burung helang terbang melayang
Turun ke bumi mencari mangsa
Jangan bimbang anak ku sayang
Ayah dan bunda kan datang jua

Anak sembilang berenang-renang
Berenang sama si anak haruan
Bunda di sini pun duduk mengenang
Menanti anakanda bilakan datang

Jauh di mata pura cendana
Tempat bermain kayangan puteri
Sihatkah Nadim di perantauan sana
Risau hati ku tidak terperi

Baju raya dihiasi renda
Untuk dipakai di pagi lebaran
Raya ni pulanglah duhai anakanda
Kami menanti penuh debaran

--kasturi--

"Menarik sekali pantun dari bunda yer "

Tuah muncul sentiasa berlima
Menentang lanun sentiasa waspada
Tangisan bunda sentiasa bergema
Menanti kunjungan dari anaknda

Itik nila merah dada nya
Di jual orang di pasar raya
Sebak benar di hati bunda
Napa lama tak antar berita?

Jika memandu biarlah perlahan
Semoga tidak terbabas ke tepi
Pulang beraya hati hati di jalanan
Agar selamat diberkati Ilahi

Besi Kuning Besi Kesakti,
Anak Panah Sang Rajuna;
Kembali Gayong Kebudayaan Asli,
Di Tanah Melayu Hulubalang Tua.

(Arwah Allahyarham Dato' Paduka Meor Abdul Rahman)

Pantun Dari : Hang Nadim


Cucu Hang Tuah??!! Biaq betui..

Aku terbukak Harian Metro, terjumpa artikel nih.. leh caya ker ek??


Edisi Nasional: Cucu Hang Tuah

Oleh Yusri Abdul Malek dan Mohd Yatim Latif
[email]am@hmetro.com.my[/email]

MELAKA: Seorang lelaki, Ismail Mohamed Yaacob, 40, mendakwa sebagai generasi ke-12 keturunan Laksamana Hang Tuah yang terkenal kerana kesetiaan dan jasa kepada beberapa sultan Melaka sepanjang sejarah Kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.

Ismail yang lahir dan menetap di Singapura mendakwa mempunyai bukti iaitu dua gelang tangan yang dikatakan dipakai Hang Tuah dan berusia lebih 500 tahun serta manuskrip tulisan tangan Hikayat Hang Tuah yang ditulis Tun Kulah atau Kola yang juga sepupu Hang Tuah.

Gelang berkenaan yang didakwa bertatah batu petir dipercayai disimpan turun-temurun dan diwarisinya hingga kini.

揚endedahan mengenai keturunan Hang Tuah ini bukan mempunyai apa-apa kepentingan tetapi saya cuma mahu generasi hari ini tahu bahawa cerita Hang Tuah adalah benar dan bukan rekaan atau dongeng,� katanya ketika ditemui.

Ismail berkata, semua keturunannya tinggal di Kampung Sungai Duyong, di sini, sejak zaman-berzaman tetapi pada sekitar 1940-an, bapanya, Muhamad Yaacob Abdullah terpaksa melarikan diri ke Singapura selepas diburu komunis yang mengganas ketika itu.

Menurutnya, disebabkan sayangkan generasinya, dia sendiri menjalankan kajian terperinci berhubung salasilah dan susur-galur Hang Tuah bagi membuktikan Hang Tuah benar-benar hidup ketika zaman kesultanan Melayu Melaka.

揝aya akui terdapat 11 versi cerita Laksamana Hang Tuah yang berbeza disebabkan tiada pihak mahu mengkajinya secara mendalam.

揝aya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua.

揔ubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang Tuah tetapi milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India.

揝emua ini diceritakan dari generasi ke generasi dan ia fakta sejarah. Jika benar dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah mati di Tanjung Kling, kenapa penduduk sekitar yang tinggal di situ menafikan fakta itu.

揚enduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun sudah pasti tahu kubur siapa yang ada di kampung mereka berdasarkan cerita dari mulut ke mulut,� katanya.

Ismail juga mendakwa mempunyai bukti bergambar bahawa makam Hang Tuah ada di Palembang. Begitu juga makam Hang Lekir, Lekiu dan Kasturi yang didakwa masih ada di Bintan, Kepulauan Riau.

Menurutnya, dia sudah menjual manuskrip asal Hikayat Hang Tuah kepada Perpustakaan Negara sekitar 1990-an dengan harga RM20,000.

揘askhah itu diakui asli oleh Perpustakaan Negara dan kini sedang dipulihara,� katanya.

Katanya, dia juga pernah berjumpa pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) berhubung dakwaan itu tetapi Perzim tidak mengambil langkah untuk meneliti atau menyiasatnya.

揝aya berharap sejarah ini dikaji semula demi generasi akan datang dan saya sedia bekerjasama dengan Perzim,� katanya. :stp: