Cucu Hang Tuah??!! Biaq betui..

Sabtu, 11 September 2010

Aku terbukak Harian Metro, terjumpa artikel nih.. leh caya ker ek??


Edisi Nasional: Cucu Hang Tuah

Oleh Yusri Abdul Malek dan Mohd Yatim Latif
[email]am@hmetro.com.my[/email]

MELAKA: Seorang lelaki, Ismail Mohamed Yaacob, 40, mendakwa sebagai generasi ke-12 keturunan Laksamana Hang Tuah yang terkenal kerana kesetiaan dan jasa kepada beberapa sultan Melaka sepanjang sejarah Kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511.

Ismail yang lahir dan menetap di Singapura mendakwa mempunyai bukti iaitu dua gelang tangan yang dikatakan dipakai Hang Tuah dan berusia lebih 500 tahun serta manuskrip tulisan tangan Hikayat Hang Tuah yang ditulis Tun Kulah atau Kola yang juga sepupu Hang Tuah.

Gelang berkenaan yang didakwa bertatah batu petir dipercayai disimpan turun-temurun dan diwarisinya hingga kini.

揚endedahan mengenai keturunan Hang Tuah ini bukan mempunyai apa-apa kepentingan tetapi saya cuma mahu generasi hari ini tahu bahawa cerita Hang Tuah adalah benar dan bukan rekaan atau dongeng,� katanya ketika ditemui.

Ismail berkata, semua keturunannya tinggal di Kampung Sungai Duyong, di sini, sejak zaman-berzaman tetapi pada sekitar 1940-an, bapanya, Muhamad Yaacob Abdullah terpaksa melarikan diri ke Singapura selepas diburu komunis yang mengganas ketika itu.

Menurutnya, disebabkan sayangkan generasinya, dia sendiri menjalankan kajian terperinci berhubung salasilah dan susur-galur Hang Tuah bagi membuktikan Hang Tuah benar-benar hidup ketika zaman kesultanan Melayu Melaka.

揝aya akui terdapat 11 versi cerita Laksamana Hang Tuah yang berbeza disebabkan tiada pihak mahu mengkajinya secara mendalam.

揝aya juga mempunyai bukti Hang Tuah mati di Palembang kerana sakit tua.

揔ubur Hang Tuah yang ada di Tanjung Kling sekarang bukannya kubur Hang Tuah tetapi milik seorang ulama Islam berasal dari Gujerat, India.

揝emua ini diceritakan dari generasi ke generasi dan ia fakta sejarah. Jika benar dalam Sejarah Melayu mengatakan Hang Tuah mati di Tanjung Kling, kenapa penduduk sekitar yang tinggal di situ menafikan fakta itu.

揚enduduk yang tinggal di Tanjung Kling sejak turun-temurun sudah pasti tahu kubur siapa yang ada di kampung mereka berdasarkan cerita dari mulut ke mulut,� katanya.

Ismail juga mendakwa mempunyai bukti bergambar bahawa makam Hang Tuah ada di Palembang. Begitu juga makam Hang Lekir, Lekiu dan Kasturi yang didakwa masih ada di Bintan, Kepulauan Riau.

Menurutnya, dia sudah menjual manuskrip asal Hikayat Hang Tuah kepada Perpustakaan Negara sekitar 1990-an dengan harga RM20,000.

揘askhah itu diakui asli oleh Perpustakaan Negara dan kini sedang dipulihara,� katanya.

Katanya, dia juga pernah berjumpa pihak Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) berhubung dakwaan itu tetapi Perzim tidak mengambil langkah untuk meneliti atau menyiasatnya.

揝aya berharap sejarah ini dikaji semula demi generasi akan datang dan saya sedia bekerjasama dengan Perzim,� katanya. :stp:

0 ulasan:

Catat Ulasan